Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Cuti Semester

Assalamualaikum
Bismillah

Time tak cuti, mati-mati minta cuti. Tetapi bila dah cuti, aduhaiii~ bosan gila duduk rumah. Hahaha. 😆😪 Cuti semester tanpa perancangan memang masa terbuang begitu sahaja. Takda hala tuju.


"Jangan dibiar masa kita itu tanpa agenda. Nanti pasti syaitan dan nafsu menyusun agenda untuk kita. Hati-hati." - unknown

Antara aktiviti yang boleh dibuat sepanjang cuti semester, cuti sekolah atau seangkatan dengannya adalah :

1. Kerja Part-Time
Kerja part-time merupakan perancangan awal aku bila cuti semester. Tetapi memandangkan parents aku sibuk kerja, adik-adik aku semuanya sekolah dan abang aku pula kerja, takda yang nak jaga adik bongsu kesayangan aku si Akim. Nak tak nak cancel plan yang no 1 nie. Jadi fulltime babysitter kat rumah hahaha 😆😊 Manfaatnya bila ada kerja nie, selain tak buang masa, duit poket pun ada. Kalau tak dapat kerja tue tak apa, hikmahnya masa cuti nie lahr masa untuk berbakti kepada keluarga hehe 😘 kerja juga namanya tu. Ganjarannya dapat pahala dengan niat kerana ALLAH SWT. 

2. Memasak
Masa cuti nie lahr kena rajin belajar memasak tak kira lelaki atau perempuan. Hahaha Kalau cakap bab memasak nie aku bukannya mahir sangat. Nak minta ajar mumy pula, "kau belajarlah sendiri". Ganas betul mumy aku kan. Tak apalah, Chef Google & Youtube kan ada. Lagi satu aku tak suka belajar memasak nie, bila bahan tak ada. Nak beli pula, duit pokai. Nie yang bikin hilang semangat mau belajar memasak. Peringatan *Jangan tiru tabiat buruk aku nie. Apapun memasak kemahiran yang sangat penting untuk mengisi perut kita juga hehe. Kalau tidak belajar sekarang, takkan nak ada suami baru nak belajar. 

3. Membaca Buku
Borong buku bukan main rajin, tetapi nak baca buku tue liat betul. Dah lahr membazir beli, tak baca lagi. Aduhaii~ So, sepanjang cuti semester nie Insya'Allah aku akan usahakan untuk baca buku-buku yang dah dibeli. Nanti bolehlah buat review buku kan. Selalu nampak orang buat ja, belum pernah cuba lagi. Cuba letakkan target nak baca buku berapa muka surat dalam sehari atau seminggu. Atau berapa buah buku dalam seminggu. At least, adalah sedikit pengetahuan yang kita dapat semasa membaca. Bagi blogger macam aku nie, kena perbaiki lagi pengetahuan kosa kata, frasa dan idea untuk menulis. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari dalam kemahiran menulis nie. 

4. Melancong
Bagi yang suka melancong tue, bolehlah habiskan duit dan tenaga anda dengan melancong. Banyak faedah bila melancong nie, orang kata "Jauh perjalanan luas pengetahuan". Aku pun suka melancong, tapi kalah bab bajet ja hahaha. Insya'Allah, belum ada rezeki dan masanya lagi kot nak travel mana-mana.

5. Reunion With Best Friends
Masa cuti semester nie lah kawan-kawan rajin mengajak reunion. Kawan sekolah rendah, mengengah, dan STPM. Biasanya cuti macam nie lahr peluang untuk jumpa kawan-kawan lama. Ye lahr, masing-masing pun dah busy kan. Tetapi cuti nie, my best friends semuanya busy, ada yang tak balik cuti sebab nak siapkan FYP. Huhu tak lama lagi dorg nak grad dah. Lagipun kawan aku berapa ketul ja. Hahaha tue lahr, introvert sangat kan. 

6. Aktiviti Kemasyarakatan/Kerohanian
Hah! Yang nie kadang jeles juga dengan kawan-kawan yang join program macam ni time cuti. Program sukarelawan nie dapat melatih kita untuk menjaga hati kita, membuang ego kita dengan menolong orang yang lebih susah. UMS memang banyak menganjurkan program sukarelawan, tetapi nak buat macam mana kalau tak boleh join, mumy aku nie kalau dah namanya cuti, memang kena balik rumah juga. Hahaha ~~Kalau tak dapat buat aktiviti kemasyarakatan pun boleh join program kerohanian, macam kawan aku, dia selalu ikut aktiviti Church * bagi yang non-muslim Ada yang join kelab seperti PEMBINA, KRM (Kelab Rakan Masjid), Usrah. Sekurang-kurangnya kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang mendekatkan kita kepada ALLAH. 

7. Bisnes
Ini merupakan salah satu plan masa cuti juga sebenarnya. Nak buat bisnes kecil-kecilan tetapi modal belum cukup hahaha. Barang dah ada kat rumah sewa, nak jual tue entah bila. Setakat nie buat duit dengan Nuffnang ja. Ada jugalah saving sikit.

8. Update Blog
Khas kepada blogger yang selama ni banyak alasan takda masa nak tulis blog. Masa inilah untuk update and improve our blog. Hehe belajar coding, HTML, atau buat tutorial untuk mantapkan blog.

Setakat itu sahaja perkongsian aktiviti sepanjangan cuti semester ini. Yang mana rasa bermanfaat tue bolehlah dibuat masa lapang. Apapun yang korang buat masa nie just enjoy your time with your beloved one. Take care of your health and safety! 

Happy holiday minna-san! 😍😘


Nurulatika Yunus

12 comments:

  1. Idea yang best! Paling penting, berfaedah...

    ReplyDelete
  2. bljr memasak jela.. hihi

    ReplyDelete
  3. tak lupa tengok drama-drama yang terbengkalai

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sy jarang tgok drama.. kurang minat..

      Delete
  4. sama! saya pun nak belajar masak tapi bahan selalu takde pastu terus malas nak belajar masak haha

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Nak belajar masak pun susah sbb slalunya kurg bahan2..

      Delete
  6. Boleh juga manfaatkan dengan ambil lesen kereta/ moto, kalau tkde lesen lagi laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh nice idea.. hehe Insya'Allah kalau dah cukup bajet hehe~~

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.