Permohonan KADS1M Telah Diluluskan Tetapi Email Tak Dapat Lagi

5:01 pm
Assalamualaikum
Bismillah


Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menunggu akhirnya Permohonan KADS1M telah diluluskan. Anda akan dapat status seperti gambar di bawah :


Semakan boleh dibuat di → https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/

Persoalannya sekarang, Permohonan KADS1M Diluluskan Tetapi Email Tak Dapat Lagi nak buat macam mana tu? 

Kalau status permohoan anda telah diterima tetapi email masih tak sampai-sampai, anda boleh terus CALL HOTLINE BANK RAKYAT di talian 1-300-80-5454. 
1. Pilih Bahasa Melayu/English
2. Pilih Semakan Pertanyaan Status
3. Pilih untuk bercakap dengan perunding khidmat pelanggan Bank Rakyat

Tunggu sampai abang hensem atau akak cantik angkat call. Nyatakan permohonan korang telah diluluskan dan masih tidak menerima sebarang email daripada Bank Rakyat. Lepas tue, abang hensem tue akan tolong semakkan. Dia akan minta No Kad Pengenalan, Tarikh Lahir dan Cawangan Bank semasa kita memohon Kad tersebut.

Sementara menunggu status permohonan itu, korang akan dengar musik kebudayaan daripada pihak bank rakyat supaya tidak boring menunggu hehe~ Tak sampai 5 minit abang perunding itu akan nyatakan sama ada kita boleh ambil kad itu atau tidak.


Untuk status permohonan kad aku dah boleh diambil di cawangan bank di Kota Kinabalu. Pihak bank sendiri akan nyatakan tempat dimana yang kita akan ambil Kad Debit tu.  Dokumen yang diperlukan semasa pengambilan KADS1M Debit : 
1. MyKad dan satu (1) salinan
2. Kad pelajar dan satu (1) salinan
3. Printscreen Semakan Permohonan (1) salinan

Dan korang boleh terus ambil KADS1M. Bagi Cawangan Bank Rakyat di Kota Kinabalu, pengambilan KADS1M akan terus dibuka dari jam 5.00 petang sehingga jam 8.00 malam. Tu sahaja, semoga dapat membantu.

Jangan lupa CALL HOTLINE BANK RAKYAT di talian 1-300-80-5454. 

17 comments:

  1. thanks for this info... kalau tak, rugi saya..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome Budak Buzy .. haha mmg rugi, nak dtg kat bank kad belum ada pula

      Delete
  2. Rezeki nurul lah ni. Alhamdulillah

    Nanti dapatlah emel tu

    ReplyDelete
  3. Apa guna kad sim 1 m ni ya

    Ibu tak tahu p

    ReplyDelete
    Replies
    1. KADS1M nie menggantikan baucer buku 1Malaysia tue kak :)
      yg bagusnya kas nie boleh kuarkan duit, kalau baucer buku hanya dapat beli buku & alat tulis shaja..

      Delete
  4. Kenapa macam kelam kabut sangat eh cara bagi kad s1m ni.
    haha macam susah sangat nak dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeaa syed.. sy dah pergi bank tp kad tue belum sampai huhu T-T

      Delete
  5. bagusnya dapat kad s1m nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah syukur juga lau dah dapat Anum Abdullah

      Delete
  6. dulu pnah dpt tp xtau mau guna utk apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh hahaha kalau sy dah mcm2 yg nak d'beli..

      Delete
  7. Alhamdulillah.. Bolehlah digunakan lepas nie..

    ReplyDelete
  8. waa...bolehla digunakan untuk study..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Powered by Blogger.