10 Tips Blogging Daripada Denaihati.com

4:59 pm
Assalamualaikum
Bismillah


Sebagai seorang blogger yang masih baru dalam dunia blogging. Aku suka membaca tips-tips daripada mentor, rakan blogger ataupun sifu kerana mereka telah lama dalam bidang ini. So, banyak tips yang boleh diambil dan dipraktikkan untuk meningkatkan penulisan blog kita.

Di sini aku ingin kongsikan 10 tips blogging daripada Denaihati.com.

1. ETIKA BLOGGER
Perkara pertama yang perlu kita perlu ambil berat adalah untuk menjaga etika sebagai seorang blogger. Sebagai blogger, suara dan penulisan kita diambil peduli dan mendapat perhatian ramai. Ini adalah kuasa blogger yang perlu diuruskan dengan baik. Kita boleh sebar berita tidak benar atau menyebarkan berita yang sahih. Keduanya akan memberi impak kepada blog kita. 

Usah kerana kita ingin mengejar trafik, kita redah sahaja semua perkara. Blogger perlulah menjaga apa yang sedang dilakukan. Imej anda, apa yang anda tulis, anda buat, anda katakan, semuanya memberikan impak kepada perjalanan kerjaya sebagai seorang blogger. Blogger profesional tidak sewenang-wenangnya menggunakan pengaruh mereka untuk menghentam semua pihak. Ada banyak ketika, perbincangan di sebalik tabir akan memberikan kesan yang lebih baik. Andai tiada maklum balas daripada pihak yang terlibat, barulah kita mengambil inisiatif yang berbeza. Usahlah melakukan aktiviti murahan dengan membuat pemasaran secara tidak beretika, jika tidak tahu belajar dan ambil tahu.

2. BLOG ANDA PERLU DIJUAL
Anda perlu menjual blog anda, jual di sini bukan bermaksud menjual blog itu sendiri, tetapi memasarkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh blog anda. Terlalu ramai hari ini ingin menjana pendapatan daripada blog, tetapi mengambil langkah berdiam diri, mengharap duit itu datang melayang hanya kerana telah mempunyai blog. Sediakan profile yang lengkap agar ianya memudahkan proses memperkenalkan blog kita kepada bakal pelanggan atau sesiapa sahaja. Profile tersebut biarlah disusun dengan baik, menggunakan data yang sebenar dan senaraikan pakej (jika ada) atau kadar bayaran untuk perkhidmatan anda.

3. KOMUNIKASI SECARA PROFESIONAL
Sebagai blogger, anda membawa diri anda sebagai produk yang ingin dijual. Komunikasi ini sangatlah penting agar kita boleh berdiri sama tinggi dengan blogger-blogger lain di luar sana. Salah satu perkara penting adalah untuk menjaga komunikasi dan apa yang kita tulis atau tuturkan, terutama di media sosial. Hanya kerana anda seorang blogger, tidak bermakna anda boleh sesuka hati memaki hamun semua pihak hanya kerana anda merasakan anda di pihak yang benar. 

Anda bukan hanya ingin membawa imej baik untuk sementara waktu, tetapi untuk jangka masa yang panjang. Setiap aktiviti anda diperhatikan oleh ramai pihak, termasuk pihak yang ingin membayar perkhidmatan anda. Jika imej yang ditampilkan itu kurang menarik atau nampak terlalu banyak negatif daripada positif, ini akan menyebabkan bakal pengiklan menjauhkan diri.

4. TAHU HAK ANDA
Andai anda ingin menjadikan penulisan blog sebagai kerjaya, mahu atau tidak, bayaran itu perlu diuruskan dengan baik. Takkan kita nak makan angin sahaja setiap hari, pasti tidak bukan? Jika anda di "ikat" oleh sesetengah pihak, syarikat atau siapa sahaja, pastikan anda dibayar untuk ikatan tersebut. Usah hanya terikat tanpa sebarang manfaat. Atau anda hanya terikat kerana ingin pergi menghadiri majlis untuk sebuah goodies bag yang tidak boleh digunakan untuk membeli seketul karipap sekalipun.

Ini perkara yang sangat penting, kerana ada pihak yang sedang menindas kepentingan anda. Anda dibiarkan tidak dibayar, sedangkan mereka menikmati keuntungan berlipat kali ganda. Tidak semestinya semua perkara mementingkan bayaran, tetapi andai ingin diikat, anda perlu dibayar. as simple as that. Usah diikat tanpa di bayar, itu ibarat anda berlaku kejam dengan diri sendiri. Apabila anda menerima tawaran, anda berhak untuk berbincang dengan siapa yang memberi tawaran, jika anda tidak minta, biasanya anda tidak dapat apa yang diinginkan.

5. SENTIASA TAMBAH BAIK KUALITI BLOG
Blog anda adalah aset utama sekiranya ingin menjana pendapatan, hanya kerana anda merasakan anda sudah cukup glamor, tidak bermakna anda boleh membiarkan sahaja blog anda seperti bangunan usang yang dibina 30 tahun dahulu. Sedangkan rumah yang kita diami pun adakalanya kita ingin cat untuk nampak lebih baik, sekali sekala buat renovasi dan pelbagai lagi. Blog anda juga begitu.

Sila pelajari apa trend terkini, teknologi terkini, struktur yang berkesan, cara penulisan yang baik dan ruangan-ruangan teknikal. Usah hanya kerana anda inginkan wang, anda pun penuhkan blog anda dengan segala macam banner dan iklan. Jadilah butik jenama terkenal, bukan pasar malam yang carcamarba. Blog butik pasti akan mendapat bayaran yang setimpal, berbanding blog pasar malam. Bukan ingin menghina, namun ini hakikat yang perlu anda ketahui dan lakukan.

6. TAMBAH JARINGAN KENALAN UNTUK BLOG
Ini antara perkara yang sangat penting, anda perlu luaskan jaringan anda, bukan hanya berada dalam kelompok yang sama. Jika anda daripada kumpulan A, anda boleh juga bersama-sama kumpulan F dan juga kumpulan B, Begitu juga sekiranya anda berada dalam kumpulan D, bergaul juga dengan yang berada di kumpulan H. Semua ini akan memberikan impak yang sangat baik kepada anda dan blog anda. Mengapa perlu hadkan diri untuk berada dalam satu kelompok sahaja, sedangkan kelompok lain juga memberikan manfaat yang berlipat kali ganda.

Meluaskan jaringan ini adalah asas perkembangan blog anda. Anda boleh lihat bagaimana blogger-blogger berjaya menguruskan blog mereka. Mereka tidak hanya tertumpu kepada satu pihak, tetapi mereka meluaskan jaringan mereka seberapa banyak yang mereka mampu. Akhirnya, jaringan ini akan sentiasa saling bantu membantu antara satu sama lain. Ikatan kerjasama yang erat ini tidak mementingkan hanya kepentingan satu kelompok semata-mata, tetapi kepentingan industri secara keseluruhan.

7. FOLLOW MENTOR YANG BAIK
Dalam dunia blogging ni, anda perlu pilih mentor yang akan membawa anda ke tahap yang lebih baik, dari sudut penulisan, teknikal dan perancangan. Seandainya mentor anda hanya ingin duduk di tahap yang sama, boleh lupakan sahaja mereka ini. Antara yang anda boleh follow seperti sifu Azrizam Mansor, tuan guru Wan Yusof Wan Jeffery, master sifu Amir Denaihati Mereka tidak hanya mengejar glamor, tetapi melakukan semuanya dengan fikiran ingin maju ke hadapan, bukan ke belakang.

8. RANCANG PERJALANAN BLOG ANDA.

Tanpa perancangan, anda akan selesa dengan apa yang anda telah perolehi. Cukuplah dapat pergi ke event-event menarik, sekali sekala dapat bayaran. Ini semua tidak akan membuatkan anda boleh menjadikan penulisan blog sebagai kerjaya. Anda perlu rancang dan usahakan agar pendapatan setiap bulan anda melalui blog sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan harian.

9. KIRA KOS PENGURUSAN DAN PEMASARAN
Andai ingin jadikan penulisan blog sebagai kerjaya, anda perlu kira masa, tenaga dan segala benda yang diperlukan untuk mengusahakan blog yang baik. Jika belum ada domain, perlu beli domain. Jika belum ada business card, perlu cetak business card. Jika belum pernah masuk kelas, perlu masuk kelas. Jika belum pernah mengiklankan blog anda, perlu mula iklankan.

Setiap kos yang dikeluarkan akan membolehkan anda menjana lebih banyak pendapatan. Usah terlalu fikirkan semua ingin percuma, hinggakan anda sendiri tidak dapat menjana pendapatan. Dapatkan pendapatan, itulah kerjaya yang akan menampung kehidupan anda.

10. BLOGGER MENJANA PENDAPATAN
Sebenarnya memang banyak ruang dan peluang untuk menjana pendapatan, tanpa anda perlu keluar dari rumah. Tak perlu pun nak hadiri event Tak perlu meredah kesesakan jalanraya Tak perlu berpenat lelah. Anda hanya perlukan internet, laptop atau telefon pintar, serta tenaga yang mencukupi. Selepas itu, anda boleh pilih ingin jana ratusan ringgit sebulan, ribuan ringgit sebulan, mahupun lebih daripada itu. Pilihan di tangan anda.

Blogger tua berkongsi pengalaman


Secara konklusinya, setiap apa yang kita tulis mencerminkan peribadi serta imej kita. So tulislah yang baik-baik. Tak salah kalau nak berikan pandangan mahupun komen. Cuma biarlah dengan cara yang berhikmah. Jadi seorang blogger ini setiap hari kita kena belajar sesuatu yang baru. Bukan sahaja jadi blogger dulu baru nak belajar sesuatu yang baru tetapi setiap hari pun tentu ada sahaja pengalaman, pengetahuan dan pengajaran yang kita pelajari dalam kehidupan kita.

Dan apa yang membezakan kita dengan orang lain ialah kita berkongsi pengalaman itu kepada orang lain dengan penulisan dalam blog. Semoga apa yang kita kongsikan itu memberi manfaat kepada orang lain dan menjadi bekalan amalan kita di dunia mahupun akhirat. Insya'Allah.

18 comments:

  1. Semoga Sy menjadi orng yg rajin update blog tapi tetap rajin membaca blog lain huhuhu...terima kasih info yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah Lulu :)
      Welcome smoga dapat memberi info yg bermanfaat~

      Delete
  2. nice tips...even blog sendiri masi tunggang langgang..hahhaha..chaiyaokk!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah terima kasih~
      Hahaha sy pun byak lgi yg perlu d'perbaiki :)
      Ganbatte AzTieyShaNaRul

      Delete
  3. wah wah sha pun dah lama berblog, tp terasa mcm baru ja bmula sbb blog terabai dek kerana xtau berblog, dulu ngt blog ni hanya tuk suka2 haha..kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tue Kak Shaa.. sy pun byak merepek ja dulu huhu T-T hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Betul tue.. tips dr Denaihati.com mmg ohsem smuanya~~

      Delete
  5. Replies
    1. thanks to Denaihati juga ~~
      I'm just sharing ~

      Delete
  6. Nice tips sharing :) Nak kena kuatkan diri update blog selalu ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue Kak Siqah.. sy pun kdg mood turun naik update blog haha

      Delete
  7. terima kasih share entri berguna ini

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Powered by Blogger.