Lelaki Jadi Bisu Apabila Berhadapan Dengan Masalah

12:26 am
Assalamualaikum
Bismillah


Pernahkah korang berhadapan dengan suami, adik, boyfriend asalkan namanya lelaki yang apabila menghadapi sesuatu masalah tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak bercakap dengan kita (perempuan)? Apabila ditanya sama ada dia mempunyai masalah, dia akan cepat mengatakan "Tiada apa-apa". Lelaki jadi bisu apabila berhadapan dengan masalah. Mungkin tidak semua macam tu tetapi kebanyakkan begitu.

Hmmmm~ Dan yang paling merisaukan apabila dia terus mendiamkan diri. I'm as a woman feel worried you know? 

Tapi itulah sifat semula jadi lelaki (maybe~~) Apabila mempunyai masalah lelaki akan mendiamkan diri, memendam, tidak mahu diganggu dan menjauhkan diri sehingga membuatkan perempuan ini berfikir 

"Apa yang aku dah buat?". 

"Aku ada sakitkan hati diakah?" 

Dan mulalah wujud fikiran-fikiran negatif yang bermain dalam minda perempuan nie. Melainkan kau tak penting bagi dia, perempuan tak ambil kisah sangat.

Aku faham ada sesetengah lelaki mengambil masa dan ingin bersendirian untuk memikirkan solusi untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Lelaki mempunyai cara atau kaedah mereka sendiri supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.

Setahu akulah kan, cara lelaki dalam menyelesaikan masalah berbeza dengan perempuan. Ingatlah wahai kaum Adam, perempuan ini sifatnya apabila mempunyai masalah suka berkongsi dan bercerita tentang masalah tersebut. Jadi apabila melihat orang yang tersayang mempunyai masalah sudah tentulah mereka cuba untuk memaksa lelaki untuk berkongsi sama seperti mereka.

Sebagai seorang perempuan, wanita, kakak mahupun isteri yang prihatin apa yang harus kita lakukan apabila berhadapan dengan situasi tersebut?
1. Berikan ruang untuk dia bersendiri melainkan dia sudi berkongsi masalah dengan kau.
2. Jangan ganggu dia sehingga masalah tersebut selesai
3. Avoid keep asking the same question over and over. Nanti dia rimas dan semakin menjauhkan diri.

8 comments:

  1. Sebab mereka tidak ingin orang lain risau. Biarlah masalah diselesaikan sendiri tanpa menambahkan beban kepada orang lain.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Nurul, mcm kak pip ni, adik beradik semua lelaki ..
    Faham sgt sifat mereka, mmg tidak byk bicara kalau ada masalah ..
    Diam lebih baik..tup tup , masalah selesai ....

    ReplyDelete
  3. lelaki memang suka selesaikan masalah diorang sendiri..

    ReplyDelete
  4. sbb mostly llki yg matang akn bfkiran positif, dan nda suka buat pkra yg remeh..haha..kdg2 sndiri juga yg pndai mrajuk sbb yg llki diam ja..

    ReplyDelete
  5. betul tu.. lelaki ni mmg suka sndiri kalau ada masalah..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Wmbrth

    Salam hari isnin sis nurul

    betul lkah tu. Allah jadikan kita ni berbeza

    ReplyDelete
  7. Indeed. suami kaka mcm ni, jan desak bila dia xmau bkongsi. perlahan2 dia akan suarakn juga bila dia suda slesa dan rasa tenang. nasihat akak utk ladies , sabar jan panik. suami anda perlukan masa utk berbicara dan bkongsi dengan kmurg. bgitu juga dgn ssetengah ladies, bukan smua mau direct kongsi masalah, amik masa juga mau bkata2 kan =)

    ReplyDelete
  8. Lelaki bila ada masalah suka sendirian . Tak pulak rasa nak cerita masalah beliau

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Powered by Blogger.