Tips Cinta: Jatuh Cinta Dengan Kawan Sendiri

25
Assalamualaikum
Bismillah

Hubungan cinta biasanya bermula dengan ikatan persahabatan. Kita dapat mengenali pasangan dengan lebih baik melalui jalinan persahabatan yang dibina. Namun, apabila kita mula merasa bibit-bibit cinta itu telah hadir terutama sekali apabila kita jatuh cinta dengan kawan sendiri, susah juga sebenarnya mahu menghadapi perasaan tersebut.


Sebelum ini kita mungkin agak selamba ketika bersama dengan si dia, berubah menjadi seorang yang agak pemalu dan kekok. Persoalan yang bermain diminda apabila kita mula jatuh hati dengan kawan sendiri adalah:
  • Kita berfikir adakah perlu menyatakan perasaan yang sebenar ataupun berdiam diri sahaja?
  • Bagaimana kita hendak membawa perhubungan sebagai rakan itu ke tahap yang lebih istimewa?
  • Adakah cinta kita hanya bertepuk sebelah tangan?
  • Apa yang kita patut harapkan dan apa pula yang harus dilakukan?
Apa yang pasti, kita tidak mahu merosakkan perhubungan yang sedia ada. Oleh itu, confirmkan dulu perasaan itu. Salah satu sebab seseorang jatuh cinta dengan kawan sendiri kerana berasa dia juga mempunyai perasaan yang sama. Sebelum kita berfikir begitu, pastikan kita membaca tandanya dengan betul dan berhati-hati.

Tanda Si Dia Jatuh Cinta : 
1. Dia sering cuba untuk menarik perhatian kita.

2. Berasa selesa dan banyak bergurau dengan kita walaupun di hadapan rakan lain.

3. Tidak berminat dengan lelaki/perempuan lain.

4. Banyak bertanya mengenai apa yang kita suka dan tak suka.

5. Menunjukkan rasaa ingin tahu tentang peribadi, minat, impian ataupun latar belakang keluarga

6. Memperkenalkan anda kepada sahabat si dia yang lain.

7. Banyak meluangkan masa dengan anda dan sentiasa punya masa untuk anda walau sibuk macam mana sekalipun

8. Menunjukkan rasa prihatin dan risau tentang diri anda

9. Menunjukkan rasa cemburu apabila anda cuba mendekati perempuan/lelaki lain.


Persediaan sebelum meluahkan perasaan 

Sebelum luahkan perasaan, kita kena pastikan bahawa kita dah betul-betul bersedia untuk menerima apa sahaja jawapan yang bakal diterima. Jika kita meluahkan kepada kawan baik tentang perasaan suka kita padanya dan dia pun merasakan perasaan yang sama, sememangnya berbaloi kita memberitahunya. 

Namun jika dia tidak mempunyai perasaan yang sama, sudah tentu kita akan kecewa dibuatnya malah mendapat malu pula. Siap sediakan diri anda dengan sebarang kemungkinan. Jikalau kita merasakan bahawa dialah perempuan/lelaki pilihan hati, ketepikan ego dan rasa ragu. Yakin dengan diri sendiri.

Selepas kita bersedia dari segi mental, pastikan pula anda tahu apa perlu dikatakan walau apa pun jawapannya. Kuncinya adalah sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Untuk memberitahunya, pastikan kita memilih masa dan tempat bersesuaian yang dia selesa dan mudah faham apa yang kita beritahu.

Semasa Meluahkan Perasaan

1. Cuba berada dalam keadaan yang tenang dan relax.

2. Beritahulah dalam keadaan yang bersahaja dan jangan terlalu serius seperti ia satu pengumuman yang sangat penting.

3. Bersedia maafkan dia jika reaksinya tidak seperti yang kita harapkan.

4. Berilah dia masa untuk berfikir dan jangan kelihatan memaksa.


Reaksi Si Dia 

1. Dia juga suka
Mutual feeling is the best feeling! Perasaan apabila cinta diterima rasa hati seperti melayang-layang di awangan. Hahaha~ Jangan berhenti berusaha dalam perhubungan setakat di situ saja. Buktikan kita bukan main-main dan serius.

Namun, janganlah terlalu serius dan berilah dia sedikit ruang untuk memproses peralihan jalinan ini. Jangan pula bertindak seperti kita tahu semuanya tentang dia kerana sebelum ini adalah kawan baik. Kenalinya dengan lebih mendalam dan bersedialah dengan soalan rakan-rakan lain yang akan bertubi-tubi datang.

2. Dia tidak suka
Ada besar kemungkinan juga yang dia tidak akan sukakan kita seperti kita menyukainya. Jika dia hanya boleh berkawan dengan kita, terimalah dengan tabah dan terbuka. Mungkin si dia hanya selesa berkawan dengan kita dan tidak lebih daripada itu.

Mungkin kita akan berasa janggal setelah meluahkan perasaan terhadap si dia. Tetapi jikalau dia boleh berlagak selamba dan masih menganggap kita sebagai seorang kawan baik jangan pula terus memutuskan ikatan persahabatan yang sedia ada. Mungkin itu petanda bahawa dia bukanlah jodoh kita. 

Move on dan teruskan kehidupan. Ada kalanya mencintai itu tidak semestinya memiliki.

Hastag #tipscinta #tipscaripasangan #carijodoh

Tags

Catat Ulasan

25Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. perkara yang paling ditakuti tapi alhamdulillah setakat ni belom lagi melalui.. ada kawan yang jadi cemni ada yang berjaya ada yang krik krik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha yeaa .. betul tue~
      Risau juga alau kena krik krik nie

      Padam
  2. hmmmm dulu pernah jatuh cinta dengan kawan rapat, sebab dia terlalu caring dengang Cik Kepeng, serius! Cik Kepeng demam sikit je pun, dia dah risau, cara dia tu buatkkan cik kepeng jatuh hati dengan dia, tapi cik kepeng pendam, sampai lah 1 hari tu, cik kepeng try luahkan jugak, tapi...
    dia still tak boleh move on dengan ex dia, so cik kepeng mengalah,
    and now, cik kepeng jumpa balik bf zaman cinta monyet dulu, setelah 5 tahun lost contact, and finally, cik kepeng menunggu masa untuk tamatkan zaman bujang..

    hihi, nice sharing :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. waahhh nice story.. Biasalah kalau bercinta nie ada pahit manis.. Apapun semoga Cik Kepeng bertemu dgn someone yg lebih baik :)

      Padam
  3. Kadang-kadang, ada orang yang lebih baik sebagai kawan. Tapi kalau hati dah suka sangat lebih baik mencuba nasib. Mana tahu memang jodoh kita dengan dia. hihi

    BalasPadam
  4. Susahh, sebab banyak snagat member laki yang perangai cam gitu... kahh3~

    BalasPadam
  5. i am so noob when it comes to loveeeeee

    BalasPadam
  6. Pernah ter 'suka' dengan kawan dulu tp kejap jer..pasal dah ter 'kawen' dengan orang lain..hihi

    BalasPadam
  7. hmmmmm... aida pernah jatuh cinta dgn sahabat.
    time kat U. tapi tak bersama la.
    tak diteruskan hi hi hi hi... ada antara tips nurul tu yg aida guna dulu.
    hmmm takpe la. skang memasing dah berkeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha yeaa kahr? Alhamdulillah Aida dah bertemu jodoh yg lebih baik :)

      Padam
  8. hurmmm... pernah hampir-hampir terjadi satu ketika dahulu..

    BalasPadam
  9. Rabia memang ada kawan baik lelaki.kitaorang mmg BFF sgt2.dia selalu tolong rabia dalam pelajaran.dan pada masa yg sama rabia pun tolong dia juga dalam pelajaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeaa? Alhamdulillah Rabia jumpa kawan yg baik dan saling membantu :)

      Padam
  10. So far kte xda pglmn mcm ni. Tp kwn2 skolah n Uni dlu rmi jgk yg end up dgn kwn sndri blik😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha yeaa d U nie byak yg jatuh hati dgn sahabat baik

      Padam
  11. tak salah kan mencuba untuk meluahkan. kalau berani la.. haha.

    BalasPadam
  12. susah kalau nak stay sebagai kawan lepas dah confess tu. selalunya ramai yang move on je

    BalasPadam
  13. Zaman belajar dulu memang ada best friend lelaki.. memang rapatlah.. tapi tak terjatuh cinta sebab dia layan kita macam lelaki kan.. (dulu a bit tomboy).. dululah.. sekarang dah kahwin, encik suamilah my best friend yang ada.. kikiki.. yang ini memang tiap hari jatuh cinta.. :)

    BalasPadam
  14. saya memang ada suka seseorang ini tapi dia hanya kawan sahaja selama nieh,..
    jadi saya hanya berdiam diri ,mungkin hanya cinta dalam hati...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !