Bahaya Stalking

8
Assalamualaikum
Bismillah

Dewasa ini dengan wujudnya laman-laman sosial seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain adalah sangat mudah untuk kita "stalk" atau dalam erti kata lain "menghendap" sahabat-sahabat kita dan juga ahli keluarga yang lain.

source image HERE


Laman sosial ini memudahkan kita untuk berkongsi dan juga tahu perihal di mana kita berada, apa kita tengah buat, kita nak makan kat mana, kita dalam perjalanan dari utara ke selatan. Hal ini memberikan ruang kepada kita untuk menggunakan medium ini sebagai diari kehidupan. 

Dengan adanya aplikasi ini, menjadi kebiasaan apabila kita ter'stalk orang yang kita suka, ataupun mengetahui sahabat-sahabat kita yang dah lama tak jumpa, ahli keluarga serta selebriti yang diminati atau sesiapa sahaja yang kita mahu tahu tentang perjalanan atau aa sahaja yang berlaku dalam hidup mereka. 



Tetapi, sedar atau tidak sedar perbuatan "stalk" atau "menghendap" di laman media sosial ini apabila dilakukan di aras yang agak ekstrem boleh membawa kemudaratan kepada orang yang kena stalk. Perbuatan ini juga boleh dikategorikan sebagai salah satu perbuatan jenayah.

Ternayata adalah sangat senang untuk kita stalk seseorang tu. Malah tidak ada pula undang-undang yang membendung perkara ini. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa perbuatan ini tidak boleh dianggap remeh.

Baru-baru ini ahli parlimen daripada pelbagai parti politik telah menggesa agar perkara ini dikira sebagai salah satu perbuatan jenayah. Hal ini dibangkitkan pada sesi perbahasan rang undang-undang keganasan rumah tangga pindaan 2017 di dewan rakyat. Dr Siti Mariah binti Mahmud  ahli parlimen Kota Raja ada menyatakan bahawa ada kes yang melibatkan seorang lelaki yang menghendap bekas isterinya bertujuan untuk menakutkan dan mengganggu mangsa. 

Tambahan pula, ramai penyenayah menggunakan laman media sosial untuk menghendap dan mengganggu mangsa. Perbuatan menghendap atau stalking ini telah diikhtiraf sebagai salah satu jenayah di negara-negara seperti Singapura, India, Filipina dan Jepun.

Apapun, aku percaya bahawa kebanyakkan pengguna media sosial sedar akan risiko memuat naik infomasi peribadi seperti gambar dan lokasi tempat tinggal di dalam media sosial yang ternyata boleh dilihat oleh sesiapa sahaja. Dan kita tidak mungkin akan pernah tahu apa yang orang lain niatkan.

Oleh sebab itulah, berhati-hatilah dalam berkongsi. Jujurnya, aku sendiri pun tidak terkecuali dalam memuat naik gambar ataupun maklumat peribadi di laman media sosial. Sebab selalunya kita hanya rasa macam nak kongsi tetapi demi menjamin keselamatan diri sendiri memuat naiklah dan kemas kini laman sosial kita dengan penuh kesedaran dan penuh hemat.

Akhir kata, kalau nak stalk crush tu biarlah berpada-pada. ngee~


Tags

Catat Ulasan

8Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. walaupun kita bebas nak berkongsi di media sosial tapi kena berpada-pada jugak sebab kita tak tahu niat orang yg memerhati tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea betul tue Miza,, kena sentiasa berwaspada

      Padam
  2. Ya perlu berhati hati dalam setiap apa yg kita kongsi di media sosial :)

    BalasPadam
  3. Hana dah lama tobat dari kerja2 men'stalk crush ni hehe >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha nda salah nak stalk.. cuma jgan obses sgat

      Padam
  4. tapi susah juga kalau tuan empunya yang berkongsi semua hal peribadi dan maklumat di laman sosial. Tak boleh salahkan 100% orang yang stalk

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !