Tips Untuk Mengelak Daripada Malas Berblogging

Assalamualaikum
Bismillah


Kebelakangan ini ada tak perasaan malas berblogging dan berasa kurang produktif dalam menulis blog? Biasalah, menulis ini pun ada kalanya mood macam roller coaster ada turun naiknya. Tapi kalau malas sampaikan blog bersarang labah-labah tak ber'update, then you need to do something. Melainkan betul-betul busy lah.. Tapi boleh juga setkan jadi auto publish kalau takda masa nak berblog kan? hehe~~

Tetapi salah satu sebab mengapa kebanyakkan bloggers gagal dalam berblog adalah kerana sikap MALAS itu sendiri. Gagal dalam berblog di sini bermaksud "tutup blog" ataupun "berhenti berblog". Memang betul, ada kalanya kita ketandusan idea dan berasa kurang motivasi untuk menulis sesuatu. Dan kalau korang berada dalam situasi begini, jangan risau. 

Di sini aku ada beberapa tips untuk mengelak daripada malas berblogging:

1. Dapatkan sumber atau idea untuk menulis 

Ada banyak cara untuk kita mendapatkan sumber atau idea untuk menulis. Salah satunya adalah dengan blogwalking kat blog orang lain. Daripada entry bloggers lain pun kita boleh jana idea baharu, TETAPI JANGAN PLAGIAT! 

Selain itu, kita juga boleh mendapat ilham untuk menulis berdasarkan pengalaman yang pernah kita alami. Contohnya seperti pengalaman bercuti ke suatu tempat yang menarik. Aku suka baca Blog Unni apabila melibatkan tempat-tempat menarik di Sabah. 

Bukan itu saja, kita boleh dapatkan sumber daripada menonton televisyen dan juga membaca. Kalau masih tak tahu juga nak tulis pasal apa, bolehlah cedok idea-idea ini sekiranya Syndrome Writer's Block Menyerang. Dengan tips ini kita akan dapat mengelakkan diri daripada malas berblogging sebab kebanyakkan blogger kekurangan idea dan sumber untuk menulis menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk menulis.

2. Tetapkan Masa Untuk Menulis 

Dalam penulisan blog juga amatlah penting sekiranya blogger menetapkan berapa masa yang diperuntukkan untuk sesuatu artikel. Apabila kita telah menetapkan masa untuk menulis, maka kita akan jadi berdisiplin dan konsisten. Dan sekiranya kita tidak sempat untuk publish entry, sekurang-kurangnya kita sudah punya bayangan tentang apa yang kita mahu kongsi dalam blog.

Salah satu tips untuk aku tetapkan masa adalah dengan membahagikan waktu tertentu untuk aktiviti ber'blog. Sebagai contoh, tetapkan berapa lama masa untuk menulis sesuatu entry? Berapa tempoh masa untuk blogwalking dan beramah-mesra dengan bloggers lain? Tetapkan masa untuk membalas komen para pembaca yang setia dan juga berapa lama masa yang diperlukan untuk kerja-kerja penambahbaikan dalam blog? 

3. Ingat Kembali Matlamat Menulis Blog 

Cuba kenang dan throwback kembali zaman-zaman keghairahan untuk menulis blog. Apakah faktor yang mendorong kita pada suatu ketika dahulu untuk menulis blog? Adakah sekadar untuk suka-suka? Adakah kerana ingin mendapatkan pendapatan sampingan? Adakah kerana minat dan hobi? Dan sebagainya. Fikirkan kembali matlamat kita menulis blog, Insya'Allah kita akan kembali bersemangat dan bermotivasi untuk menulis.

Matlamat aku berblog adalah menjadikan blog sebagai medan perkongsian ilmu disamping memperbaiki cara penulisan blog. Selain itu juga, aku mahu menjadikan blog ini sebagai Blog Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga di mana aku dapat berkongsi ilmu psikologi yang diperoleh kepada semua orang. Insya'Allah, aku masih dalam proses untuk mencapai matlamat ke arah itu.

Boleh baca entry tentang Psychology.

4. Enjoy Your Blogging! 

Come on! Blogging nie bukanlah perlu serius setiap saat. Nanti akan bertambah kedut di muka. Hehe~ Cuba untuk rasa seronok apabila menulis blog. Bayangkan yang kita sedang bercerita dengan seseorang. Be passionate about the topics you would like to share!

Jadilah seorang yang optimistik dalam berblog. Terdapat bloggers di luar sana yang berhenti blogging kerana mereka terlalu fokus untuk mendapatkan hasil ataupun outcome dalam berblogging. Contohnya, blogger yang menetapkan matlamat untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Apabila mereka tidak mendapat income atau mencapai matlamat yang ditetapkan maka mereka berhenti berblog.

Remember, profitable blogs are not made overnight (don't try to be fooled by those "guru" telling you to be rich overnight).

Ada banyak lagi tips blogging sebenanya, tetapi TIADA SIAPA YANG DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK BERHENTI MENJADI MALAS MELAINKAN DIRI ANDA SENDIRI.

Mungkin korang ada lebih banyak idea ataupun cara yang lebih baik berbanding ini tentang cara-cara untuk mengelak diri daripada malas berblogging. Bolehlah share tips kat komen untuk bertukar-tukar pendapat dan idea.

So, korang pula bagaimana cara mengatasi masalah malas dalam berblogging nie? 




Nurulatika Yunus

17 comments:

  1. Sekarang Siqah sedang alami blogging slump. Ada juga masa nak buat entri baru tapi malasnya la hai. Sekarang lebih kepada nak buat benda lain. But at least, seminggu sekali nak juga blog ber-update =)

    Keep blogging Nurul =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaa.. sometimes tue rasa malas nak berblogging.. tp sy x boleh tinggalkan blog lebih daripada 2 hari.. hahaha mmg rindu sgat nak menulis..

      Thanks Siqah :D

      Delete
  2. SETUJU ! sis sdiri tetap mtlmt utk blog, xmau langsung xda entry bhari2.. even simple cmna pun entry, tetap post ikut jadual =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Susah nak menulis kalau tak ada matlamat dlm blog,, rasa mcm cakap kosong saja.. dulu dah berapa kali tukar blog sbb suka merapu hahaha xD

      Delete
  3. Good tips Nurul! Syed pula sekarang ni tak tahu la jadi malas sebab apa.
    Mungkin sebab phone rosak so tak boleh nak buat hotspot.
    Bila buat hotspot pula internet lambat sebab phone ni tak support 4G pun haha macam2 halangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Syed! Yeaa..baru2 nie dah jarang nampak Syed bercerita d blog hehe.. sy pun ada masalah line internet juga baru2 nie.. Insya'Allah readers Syed akan sentiasa menanti entry baru srp Syed :D

      Delete
  4. Seronok baca blogger yg komited untuk update. Blogger picisan mcm saya pon terasa semangat kejap. Memang selalu plan utk tetapkan masa tertentu nak blog tapi last-last ikot mood je. :P

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sy pun kdg ikut mood juga kalau mao update entry.. cuma sy dah byak koleksi draf hahaha.. tinggal edit dan publish ja..

      Delete
  5. aida happy berblogging.
    aida langsung x letak ia sbg kewajipan.
    ia adalah santai.
    ada masa.
    ada citer. update.
    share ilmu. share experience.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yea.. kdg berblog nie pun x leh paksa diri untuk menulis juga :D yg penting kita rasa seronok utk berkongsi..

      Delete
  6. akak ni, cumakurang masa ja mau menulis. kdg tu mg sah malas hahaha... tp sekarang klu boleh 1 hari 1 entry.. jd xla blog bersawang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Insya'Allah kak.. kdg hidup kita nie bukan utk berblog ja kan.. ada byak lgi perkara kita nak buat :D
      Apapun keep on blogging!

      Delete
  7. keep on blogging babe.. yang penting.. kita enjoy hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul tue Haslina .. yg penting Enjoy!

      Delete
  8. Blog saya dah lama tak ber update. Ni baru nak aktif balik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha it's okay .. nti sy singgah blog Iman :)

      Delete
  9. Rabia biasanya suka berblogwalking blog orang lain.utk mengeratkan lagi hubungan dgn blogger kan.menulis blog pun rajin jugak lah.tapi kalau tak ada idea tak menulis lah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.