6 Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan [ UPSR, PT3, SPM & STPM ]

1:53 am
Assalamualaikum
Bismillah

Aku hampir terlupa yang tak lama lagi dah nak peperiksaan. Aku perasan apabila aku lihat adik-adik aku rajin betul ulangkaji. Selalunya mesti menghadap Running Man ataupun Anime hahaha :D Apabila sebut saja perkataan keramat iaitu "peperiksaan" tak kiralah UPSR, PT3, SPM ataupun STPM. mesti korang rasa bahangnya exam tu kan? Tambahan lagi dengan kurangnya persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.



Banyak chapter nak cover. 

Mana lagi nak hafal teori, kata kunci dan point-point penting. 

Sempatkah nak ingat dan hafal buku Sejarah tu? 

Otak pun kejang bila fikir tinggal sebulan lagi nak habiskan ulangkaji dan paling sedih kalau yang seminggu lagi baru nak ulangkaji. Stres sendiri juga dibuatnya.

Bertenang ya adik-adik ku sayang~~ Jangan panik. Tarik nafas. Tenangkan fikiran. Aku bantu korang senaraikan 6 Tips Persediaan Sebelum Peperiksaan. Insya'Allah mana yang rasa sesuai dengan korang tu boleh tiru~ hehe

1. Elakkan Diri Study Last Minit

Aku suka letak point study last minit nie yang pertama. Hahaha Aku tak suruh korang study last minit pun, cuma nak nasihatkan korang "Please jangan study last minute". Melainkan korang memang dalam kelas jenis yang fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas. Paling tak pun korang nie jenis yang study sebelum masuk kelas.

Apapun setiap daripada kita mempunyai cara yang berbeza. Ada orang mungkin study last minit tapi dalam kelas dia faham dan cepat pick up apa yang disampaikan oleh guru di hadapan kelas. So, tak hairanlah dia boleh skor dalam exam.

Walau bagaimanapun, jangan amalkan "study last minit". Luangkan sedikit masa untuk mengulangkaji. Tak salah persiapkan diri lebih awal kerana kita akan lebih relaks dan kurang tekanan menghadapi peperiksaan yang akan datang.

2. Two Head Is Better Than One

"Dua kepala lebih baik daripada seorang"Cuba ajak kawan buat study group atau belajar secara berkumpulan tentang topik yang korang kurang mahir. Ada sesetengah orang dia mungkin kurang mahir bab matematik tetapi bab sejarah dialah POWER! 

Dengan tertubuhnya "Study Group" korang boleh berbincang tentang sesuatu topik yang mana korang lemah. Belajar berkumpulan ini bukan sahaja dapat bantu mereka yang kurang mahir dalam sesuatu subjek malah korang juga boleh meningkatkan pemahaman dan daya ingatan dengan mengajar orang lain.

Jangan kedekut ilmu tau! Insya'Allah, kita mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kita pula.

3. Sediakan Nota Ringkas & Padat

Yang nie tak perlu explain banyak korang fahamlah sendiri. hehe Kalau boleh elakkan daripada copy paste ayat dalam buku teks. Cukuplah korang senaraikan point penting dan cuba untuk memahami dan meringkaskan point tersebut dalam bentuk yang korang sendiri boleh ingat.

Menurut kajian psikologi, nota yang berwarna-warni dapat membantu meningkatkan daya ingatan serta merangsang mood pelajar. Be kreatif dalam menulis nota. Tetapi tips ini tidak semestinya di aplikasikan kepada semua orang. Ada yang jenis tak suka tengok nota warna pelangi. Ada pelajar yang suka conteng buku. Ada juga yang tak tulis nota langsung. Hahaha depends on you.

4. Jaga Pemakanan & Kesihatan

Selain daripada persediaan dari segi akademik. Jangan sampai abaikan pemakanan dan juga kesihatan korang. Amalkan diet yang seimbang dan kurangkan makan makanan ringan dan kurang sihat. Makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan tumpuan dan tenaga kita. 

Rajinkan diri untuk bersenam kerana otak juga memerlukan rehat yang cukup setelah penat menghadap buku sepanjang hari. Seperti badan kita, otak kita juga pandai penat. 

5. Kurangkan Hiburan & Media Sosial

Tidak dinafikan hiburan seperti menonton tv, drama korea, anime dan juga media sosial (whatsapp, twitter, instagram) sedikit sebanyak mengganggu kita untuk kekal fokus dalam mengulangkaji. Sudah menjadi trend untuk meng'upload dahulu sesuatu "kononnya nak studylah" kat laman sosial sebelum mula belajar.

Alih-alih yang dibaca bukan buku tetapi muka buku (facebook). Ada pula yang kononnya buka nota di dalam laptop. Last-last yang dilihat bukan nota tetapi Youtube, Drama, & Anime. Oopps! Hahaha (yang nie kena batang hidung sendiri sebenarnya) hahaha

So, kalau boleh bersabarlah dahulu daripada pegang handphone atau laptop.Caranya senang saja, jangan letak handphone kat tepi buku kalau nak study. Nanti nafsu anda menarik tangan anda untuk sentuh handphone tu. Hahaha

6. Minta Doa & Restu Orang Tua

Yang jauh jangan lupa call parents minta restu mereka supaya dipermudahkan korang menjawab nanti. Yang dekat jangan segan nak peluk cium tangan mak ayah minta restu setiap kali korang nak exam. Manalah tau berkat doa & restu mereka formula addmaths korang boleh ingat.

Solat jangan lupa. Hargai masa dengan sebaiknya. Caranya adalah dengan solat apabila masuk waktunya. Tinggalkan nota korang tu. Minta petunjuk dan doa kepada Allah SWT untuk korang menjawab paper nanti. Apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Insya'Allah Allah akan permudahkan urusan kita dikemudian hari.


Sekian. Itu saja tips yang aku senaraikan. Mana yang korang boleh ambil dipersilakan. Kalau rasa tak sesuai dengan korang tak apa. hehe


Good luck! Ganbatte!






9 comments:

  1. No 4 dan No 6 tu kalau tak jaga memang out semua usaha... makanan dan kesihatan dan doa ibu bapa... bukan setakat study je kanla..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/09/rose-face-serum-zeeta-berasaskan-rose.html

    ReplyDelete
  3. nasib baik aku dah lepas dengan exam2 nih semua..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah haha syukurlah lau dah lepas

      Delete
  4. Replies
    1. yeaa betul tue Unni hargai masa yg ada~~

      Delete
  5. Tq for sharing.ada tips utk presentation x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan dtg sy bagi tips pasal presentation pula ya :D

      Delete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Powered by Blogger.